SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH
 

Sekolah Kebangsaan Ayer Manis , Kulai, Johor yang  terletak di KM 48 berhampiran jalan utama Air Hitam – Johor Bahru ini telah dibina secara gotong royong oleh penduduk kampung pada tahun 1946 dengan nama asalnya Sekolah Melayu Ayer Manis. Pada awalnya ia merupakan sebuah bangsal dan menumpang di atas sebidang tanah kepunyaan En. Warno bin Parman beralamat Batu 30 ¾ Ayer Manis, Kulai.
 
 Pengasas sekolah ini .sekolah ini ialah En. Awang b Hj Bakri (Penghulu Kg. Ayer Bemban), En. Atmo b Abu Rejo (Naib Penghulu) dan En. Warno b Parman ( pemilik tanah). Pada tahun 1948 sekolah ini terpaksa ditutup kerana kemerosotan bilangan murid.

Namun, tanggal 22 Julai 1952 sekolah ini didirikan semula dengan kerjasama Yang Mulia Ungku Abdullah yang merupakan Pegawai Daerah Johor. Di atas tanah seluas 5 ekar kurniaan beliau, yang bersempadan dengan Kg. Ayer Manis dan Kg. Ayer Bemban telah didirikan sekolah ini semula.

Sekolah ini juga mempunyai dua buah rumah guru yang dibina pada tahun 1963 dan sebuah surau yang di bina pada tahun 1988. Berdasarkan peningkatan bilangan murid, bangunan sekolah ini telah bertambah dari masa ke semasa.

Kini, sekolah ini mempunyai 7 blok bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, bilik muzik, bilik kaunseling, bilik SPBT, bilik pemulihan, pejabat, tandas guru dan murid, pra sekolah, surau, kantin, wakaf aktiviti P&P, pondok bacaan serta makmal komputer yang dibina pada tahun 2000.

Bangunan asal juga telah dirobohkan dan dibina dengan bangunan baru setinggi 3 tingkat bermula tahun 1995 dan siap pada tahun 1996. Rumah guru juga turut dirobohkan dan dibina 2 buah rumah guru kelas D serta pembinaan semula tempat letak kereta pada tahun 2000 dan siap pada tahun 2001.

No comments:

Post a Comment